KG. LANGSAT 11 Okt. - Beberapa wanita dan beliawanis Kg. Kundasang Lama telah mengadakan kunjungan amal ke RUMAH ANAK YATIM KG LANGSAT RANAU. Tujuan kunjungan ini adalah untuk memberikan sokongan moral kepada penghuni-penghuni rumah ini yang terdiri daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu dan bapa.
Sesiapa yang ingin memberikan sumbangan kepada rumah anak yatim ini boleh terus berhubung dengan Pengurus rumah tersebut iaitu UST. MOHD HAIMIN ABDULLAH di talian 013 - 876 2382.
0 comments